Thursday, January 5, 2012

Balik Kampung: Bil Fon 3000 Dollar? Biasalah Tu.... Wa Tokoh Korporat

Salam.

1. Insiden best kedua yang berlaku sejak aku balik ni berlaku sebab aku nak research lokasi2 yang berpotensi untuk aku bukak kedai kat Malaysia. Jadi aku bajet
a. Aku ada bekap plan sekiranya bisnes aku kat Australia bungkus.
b. Bila in the future kalau mak bapak aku sakit, anak2 dah besar or aku dah bosan ngan Australia, aku boleh senang2 berhijrah balik sini.

2. Tapi niat sebenar aku ialah untuk bukak kedai kat Malaysia supaya aku boleh tapau dua tiga lori awek Malaysia dan buat bini sorang dua lagi.

3. So sesampai je kat Msia,aku lepak KL 3 hari utk meng-research lokasi2 yang berpotensi untuk bukak bisnes dan sekaligus menapau awek.

4. Maka dengan niat yg tulus ikhlas itu, aku bukak mata luas2 utk mengusha aweks-aweks hot dan bukak iphone app Maps permanently so aku boleh membuat carta minda di manakah posisi kedudukan awek2 tersebut. Maklumlah. Aku kan org Ozi. Mana reti jalan-jalan kat KL nih!

5. Sambil jalan2, sambil bertwitter dan berfesbuk. Balik rumah pulak aku apdet blog pakai ifon aku sebagai hotspot/modem.

6. Jadi, masuk hari yang ketiga, tetiba fon aku jam. Ape hal pulak ni aku pikir. Tak boleh call in and out. Internet down. Nak call help line kat Ozi pon tak boleh.

7. Dahlah aku takde fon lain. Tak sampai hati plak nak pinjam fon orang lain utk call Ozi help line. So aku tunggulah sampai 2 hari pastu bila aku dah beli fon utk bini aku, baru aku call Ozi.

8. Sekali dia cakap, bill fon aku dah cecah 3000 dollar utk dua hari! Sebab data usage macam gila. So diaorang automatic suspend service fon aku sampai aku settlekan at least $2000.

9. Bila aku dengar je dia kata tiga ribu dollar, hati aku melonjak gembira. Sebab duit 3000 boleh di cari. Material untuk tulis dalm blog ………… Pricelesssss.!
________________________
Ops Borong.

1. Malam last before kene saspend, aku keluar makan ngan member2 aku. Salah sorang tu ada bisnes tender kitchen dua tiga bijik. Tetiba dia kata malam tu dia nak pergi borong stock dia. So aku trus tag along dia dari kedai makan tu dari tengah malam sampai ke subuh, ronda2 KL cari barang.

2. Sebab aku nak check lokasi, distance etc, Ifon Maps Apps.......ONNN..........pandai.



12 tgh malam. Ops bermula dari depot Pos Mel Nasional Shah Alam. Misi. Kasi penuh truck

Spot beli barang2 kering. Wholesaler. Nampak cam bangsat. Tapi....bila kau masukk......perghh! Kalah mayden. Minus all the crowd and berhimpit2 dgn aweks. But wallet kau lega.

Bawangs-Bawangs

Beras. Tapi aku pelik kenapa kampit paling besar is 10 kg jer. Kat Ozzy 20 kg maaa. Mungkin bicep2 org Msia kecik2 kot. Bicep org2 ozzy cam aku jer yg besar2 yg mampu angkat 20kg selambe.

Pergh! Tapi. SEMUA telur dia ada taik ayam melepek2 kat kulit dia. Pemalas punya tokey telur. Nak cuci pon saving. Sebab tu ada peniaga2 kedai makan kat KL aku tengok, terang2 iklan, "Telur Ayam Di Basuh". Sebab biasanya, chef tak basuh telur. Pecah telur, stret masuk Char Kuey Tiaw etc. Jadi kalau ada serpihan kulit telur or serbuk2 taik ayam kering masuk dalam mee or kuey tiaw engkorang......Alhamdullilah. Dapat vitamin extra engkau malam tu.

Harta rampasan perang. Ni baru dry goods.

Awsome gila. Tobat cultural shock aku. Tempat ni aku tak boleh nak describe. Kau kene pegi dan experience sendiri. Gilos.

Pukul 3-4 pagi tapi bizi cam siang hari. Ni section yg tak bizi. Kalau kau pegi hujung2 tu, tempat ikan, nak berdiri setempat pon tak boleh. Kene tolak ngan orang. Mamat2 yg tolak trolley or tong ais tu namanya "teksi". Semua myanmar kot. Bapak aku trasa macam kat Rangoon malam tu.
Korang ingat tak dlam KL Gangster ada scene Harun Aziz yg kerje "teksi" kat Pasar Borong Selangor, bergocoh ngan gangster2 india? Haa.....kat sini mmg ada "orang jaga". But diaorang jaga untuk kasi aman skit. Give order to the chaos. Okayla. Contoh, kalau kau beli barang pastu tinggal dalam lori tak berkunci, takde org rembat. Sapa rembat, remuk. Dan kat section ikan ada unwritten law, tak boleh jual frozen seafood sebelum pukul 4 pagi. Diaorang nak kasi laku fresh seafood dulu sebab yg tu mahal so karang tak de org nak beli.
Aku nak ambik gambar pon kawan aku sound aku jaga2 skit. Sebab nanti "ada org" marah! Pehhh... wa bukan nak langgar tempat lu bro!


Apek!! Ni mana cukup. Wa mau lima kolam ayam. Bukan satu kolam!!!

Pukul 7 pagi. Setel. Lebam aku.


Sekian, Mekasey, Wassalam.

3 comments:

Dr. Bentara said...

bukak kat Seri Iskandar la.

Akim Iqbal said...

pak cik kalau bukak kat malaysia kedai habaq mai. Nak rasa telur masak merah seketui 2 dolar. Woha !

mangkuk statik said...

Ben: Satu question jer. ramai awek tak situ?

Akim: pehh! Utk kau aku kasi spesel punya. Telur masak merah tanpa kupas dan tanpa basuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails